PROFAIL KLINIK

  • Klinik Kesihatan Bandar Penawar terletak di Bandar Penawar Kota Tinggi dan dibawah Mukim Tg.Surat. Keluasan kawasan operasi adalah 1314.3 hektar, dengan jumlah penduduk 8500 orang ( perangkaan 2010).
  • Bandar Penawar diiktiraf sebagai bandar pelancongan kerana kedudukannya di pesisir pantai Laut Cina Selatan.
  • 95% penduduk adalah melayu, manakala pekerjaan adalah peladang kelapa sawit, nelayan, sektor pelancongan, perindustrian, awam dan lain-lain. 
  • Klinik Kesihatan Bandar Penawar yang sebelum ini dikenali Gudang Ubat Bandar Penawar, mula beroperasi pada tahun 1978.
  • Asalnya anggota yang bertugas hanya seorang Pembantu Perubatan dan seorang Atenden Kesihatan yang memberi perkhidmatan kepada penduduk setempat.
  • Pada tahun 1983, seorang Bidan Terlatih telah ditempatkan disini dan memberi perkhidmatan kepada ibu hamil, manakala perkhidmatan untuk kanak-kanak dan sekolah, dibantu oleh anggota dari KK Sening dan KK Lok Heng.
  • Tiada bangunan klinik yang khusus tetapi dengan kerjasama pihak KEJORA, mereka telah memperuntukkan sebuah bangunan Rumah Kos Rendah yang berfungsi sebagai sebuah klinik. Beberapa pengubahsuaian struktur bangunan telah dilakukan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan, antaranya penambahan bilik rawatan, bilik kecemasan, bilik farmasi dan beberapa bahagian lagi.
  • Kini pada 16 Februari 2014, Klinik Kesihatan Bandar Penawar telah berpindah kesebuah bangunan yang khusus jenis Melur dan dinaik taraf kepada KK Tiga Bandar Penawar serta  penambahan beberapa perkhidmatan lain seperti X-ray,Makmal dan Pergigian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan