Isnin, 21 April 2014

KARNIVAL SIHAT DAN KEMPEN KESEDARAN PROSTAT

JOM!! DATANG BERAMAI-RAMAI

Program Kesihatan Di Asrama

Panel Penasihat dengan kerjasama Klinik Kesihatan Bandar Penawar telah mengadakan Program Kesihatan Di Asrama yang telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Bandar Penawar.

 

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pemeriksaan asrama putera dan puteri, pemilihan Dorm terbaik putera dan puteri, tandas terbaik kategori asrama putera dan puteri, ceramah berkenaan penyakit kulit, dan kuiz.

 

Panel Penasihat kesihatan dan Klinik Kesihatan Bandar Penawar ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak Sek.Men.Sains Bandar Penawar kerana sudi menerima lawatan kami dan kebenaran mengadakan Program Kesihatan Di Asrama. Kami berharap dapat mengadakan program sedemikian lagi di masa akan datang.

















 



PROGRAM COMBI NCD

Antara aktivi bulanan Klinik Kesihatan Bandar Penawar iaitu program Combi NCD di mana pembentangan berkaitan dengan penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis,darah tinggi oleh pegawai perubatan dan paramedik.

 

 Program ini memberi pengetahuan kepada orang ramai berkenaan faktor-faktor risiko penyakit,pencegahan hingga kepada pengendalian ubat-ubatan.






Jumaat, 18 April 2014

KARNIVAL KESIHATAN DAN KEMPEN SARINGAN PROSTAT

ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR

Sukacita dimaklumkan Klinik Kesihatan Bandar Penawar akan menganjurkan Program Karnival Kesihatan dan Saringan Prostat dengan kerjasama daripada Unit Pakar Urologi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

 

TARIKH : 26 APRIL 2014

MASA      : 8.00 pagi-3.30 petang

TEMPAT: Klinik Kesihatan Bandar Penawar


Pelbagai aktiviti seperti ceramah-ceramah kesihatan,pameran,dan gerai-gerai jualan disediakan. Anda semua dijemput hadir. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.Segala kos pemeriksaan,konsultasi dan ubat-ubatan adalah PERCUMA!!..

Isnin, 14 April 2014

DASAR 5s

DASAR 5s

PEJABAT KESIHATAN KOTA TINGGI

POLISI 5s


PKD Kota Tinggi komited dalam amalan 5s dengan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan berimejkan korporat bermatlamat melahirkan budaya kerja berkualiti berteraskan muafakat untuk pemantapan organisasi, peningkatan produktiviti serta kepuasan pelanggan.


OBJEKTIF


  1. Mewujudkan suasana tempat kerja yang bersih, kemas dan selamat.
  2. Meningkatkan semangat kerja berpasukan dan motivasi dikalangan anggota.
  3. Menjadikan pengurusan operasi organisasi terutamanya stor dan dokumen lebih sistematik dan berkesan.
  4. Meningkatkan produktiviti dan kecekapam sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
  5. Mengurangkan aduan pelanggan. 

 

MATLAMAT


Ke arah penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan inovatif melalui persekitaran kerja yang kondusif serta diiktiraf melalui pensijilan 5s