Ahad, 23 Mac 2014

PROGRAM GANYANG AEDES

Program Ganyang Aedes
Di Zon 7 Bandar Penawar

21 Mac 2014 (Jumaat)

Disekitar Program Ganyang Aedes di Zon 7 Bandar Penawar. Terima kasih  kepada, AJK COMBI, Anggota-anggota Klinik Kesihatan Bandar Penawar, Panel Penasihat Kesihatan, KEJORA, dan JKKMB Bandar Penawar dan semua warga komuniti zon 7 Bandar Penawar kerana telah menjayakan program ini.








Isnin, 17 Mac 2014



Kepada warga Bandar Penawar khususnya dari komuniti Zon 7, marilah beramai-ramai menyertai Program Ganyang Aedes. Bergotong-royong menghapuskan tempat pembiakan aedes. Ada hadiah misteri menanti anda!!

Jumaat, 14 Mac 2014

PENGUNGUMAN!!

Sukacita dimaklumkan Klinik Kesihatan Bandar Penawar dengan kerjasama Panel Penasihat Kesihatan (KKBP) akan menganjurkan program cabaran sihat Bermula April 2014 hingga Ogos 2014. Penyertaan dari komuniti Bandar Penawar adalah amat dialu-alukan. 



Sabtu, 1 Mac 2014

kempen cegah denggi MPKlang.wmv

MyHEALTH : Cara Memastikan Ketulenan Hologram Meditag

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Terima kasih kerana sudi melawat blog Klinik Kesihatan Bandar Penawar. Alhamdulillah..sudah 2 minggu KKBP beroperasi di bangunan baru. Admin lihat rakan-rakan setugas pun bersemangat bertugas  di tempat baru. Walaupun ada juga sesetengah pelanggan yang hadir mengadu agak pening sedikit dengan urusan di KKBP, Alhamdulillah, rakan-rakan anggota KKBP sedia membantu dan cuba memperbaiki dan mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kami.

Segala pandangan dari anda demi menambahbaikkan mutu perkhidmatan kami amat dialu-alukan, In Sya Allah kami cuba memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk Bandar Penawar.